KHAIRAT KEMATIAN
Sila download borang khairat di atas. Isikan dengan lengkap dan bawa ke Pejabat Pentadbiran beserta dengan salinan kad pengenalan (depan & belakang) ketua keluarga atau wakil rumah sahaja. Bayaran boleh dijelaskan di kaunter pejabat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Shafiq (017-873 1296) atau pejabat 03 3393 8427
Waktu Operasi :
Isnin sehingga Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu & Ahad : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Faedah Ahli : Pengurusan jenazah, pengangkutan di kawasan Puncak Alam dan urusan pengebumian.
Yuran Keahlian
1. Pendaftaran Kali Pertama (Sekali Saja) - RM 20
2. Yuran Tahunan (Setahun) - RM 50
Syarat Tanggungan Ahli
1. Ahli dan tanggungan ahli menetap di dalam kariah Puncak Alam.
2. Ahli dan tanggungan adalah warganegara Malaysia.
3. Satu borang untuk satu keluarga serumah sahaja.
4. Sertakan sekali salinan kad pengenalan ketua keluarga sahaja.
5. Muslimin/muslimat yang berumur atas 21 tahun perlu mendaftar berasingan jika
masih belum berkahwin.
6. Jika sudah berkahwin dan tinggal serumah bersama ibu bapa, perlu mendaftar secara berasingan .
7. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Shafiq (017-873 1296)
Lain-Lain Perkara :
1. Pengangkutan ke luar kawasan Puncak Alam adalah atas urusan sendiri.
2. Penggunaan van Masjid Puncak Alam akan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00/km
3. Anggaran kos pengurusan jenazah, pengangkutan dan pengebumian sebanyak RM 1,500.00
dapat dimanfaat oleh ahli.